Friday, April 30, 2010

PENDAFTARAN MINOR PELAJAR SEMESTER 2

Perhatian kepada semua pelajar semester 2 program berikut :

  1. Pendidikan Biologi (AT11)
  2. Pendidikan Fizik (AT12)
  3. Pendidikan Kimia (AT13)
  4. Pendidikan Matematik (AT14)
  5. Sains (Matematik) dengan Pendidikan (AT48)
Sekiranya saudara/saudari telah mendaftar minor Biologi atau Fizik atau Kimia atau Matematik, saudara/saudari dikehendaki/diwajibkan menggugurkan minor tersebut dan mendaftar minor selain daripada daripada minor yang dinyatakan diatas.

Saudara/Saudari dinasihatkan supaya mendaftar bidang minor berikut
  1. Kemahiran Hidup
  2. Sejarah
  3. TESL
  4. Pendidikan Seni

Permohonan bidang Minor Ekonomi juga tidak dibenarkan.

Saudara/Saudari hendaklah mengisi borang dan melengkapkan Borang Pertukaran Bidang Minor dan dihantar ke unit Pendaftaran BHEA setelah permohonan pertukaran bidang minor diluluskan.

Saudara/Saudari juga diwajibkan menggugurkan semua kursus yang telah didaftarkan di bawah Bidang Minor Lama dan Mendaftarkan semula kursus di bawah Bidang Minor Yang Baharu. Pra-Pendaftaran kursus akan berakhir pada 5 mei 2010 (Rabu)

Sekian, untuk tindakan

Sumber: Pejabat Pendaftar, Unit Pendaftaran , Bahagian Hal Ehwal Akademik

Dipetik dari Blog MPP-UPSI

Read more...

Thursday, April 29, 2010

KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN GRADUAN (K3G 2010)

Adalah dimaklumkan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan keusahawanan Graduan 2010 (K3G 2010) seperti butiran berikut :
Tarikh : 14 - 16 Mei 2010
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Penganjuran K3G ini merupakan satu pendekatan murni bagi menangani isu berkaitan kebolehpasaran para graduan serta menggalakkan program keusahawanan di kalangan graduan. K3G juga merupakan saluran bagi meningkatkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan pelbagai sektor industri dalam menyediakan peluang pekerjaan bagi kumpulan sasaran iaitu graduan lepasan IPT.

Majlis perasmian K3G 2010 akan disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 2010 jam 11.00 pagi.

Read more...

Tuesday, April 27, 2010

Kerajaan kaji naikkan elaun, naik taraf kuarters guru di pedalaman

SISIPAN AKHBAR BERITA HARIAN 26/4/2010 :

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji keperluan menaikkan elaun tambahan guru-guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman terutama di kawasan yang dikategorikan sebagai pedalaman 2 (P2) dan pendalam 3 (P3), kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi.

Beliau berkata ini adalah sebahagian daripada langkah yang ditimbangkan kerajaan bagi memastikan guru-guru di kawasan itu yang kebanyakannya terletak di pedalaman Sabah dan Sarawak, mendapat kemudahan yang sewajarnya.
"Memang saya akui guru-guru ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, sebagai contoh di Kinandut apabila mereka yang keluar membeli barang di Pensiangan kadang-kadang tersadai sehingga dua hari apabila pemandu lupa mengambil mereka dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengajar manakala kos mereka pergi balik naik bot pula lebih kurang RM500.
"Sebab itu guru-guru di kawasan P3 di beri elaun tambahan RM1,500, P2 RM1,000 dan P1 RM500. Oleh itu kerajaan sedang berusaha untuk mengkaji semula sama ada elaun ini boleh dinaikkan atau pun tidak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Ahamat@Ahamad Yusop yang mahu tahu langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian bagi memastikan guru-guru di pedalaman Sabah dan Sarawak mendapat kemudahan sewajarnya.

Puad berkata kerajaan juga sedang berusaha menaik taraf kuarters guru-guru di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi memastikan keselamatan mereka yang mendiaminya terjamin.

"Kerajaan akan pastikan kuarters penginapan guru-guru ini selamat untuk diduduki dan akan naik taraf supaya ia sesuai dan selamat terutama untuk guru-guru wanita yang bertugas di pedalaman. Kerajaan akan pastikan bangunan itu selamat, kukuh, pintunya kuat dan berpagar," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pengambilan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini berjumlah 7,079 orang.
"Bagi KPLI 1,435 calon lelaki dan 2,270 calon wanita dipanggil untuk temuduga bagi mengisi kekosongan 1,878 tempat. Manakala KPLSM 5,030 calon lelaki dan 5,118 calon wanita dipanggil untuk temuduga bagi mengisi 5,201 kekosongan," katanya.

Mengenai nisbah pengambilan guru yang akan diseimbangkan mengikut jantina iaitu 50 peratus lelaki dan 50 peratus wanita mulai tahun ini, beliau berkata ini disebabkan kerajaan kini memerlukan guru lelaki sebagai guru disiplin dan sebagai tenaga pengajar di kawasan pedalaman.

"Guru lelaki lebih sesuai sebagai guru disiplin bagi mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar. Mereka juga sesuai untuk dihantar ke pedalaman atas faktor keselamatan dan sebagai memenuhi aspirasi kementerian yang mahukan sukan dimasukkan sebagai elemen penting dalam kurikulum persekolahan," katanya.

Puad berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Azizah Abd Samad yang ingin tahu langkah kementerian dalam mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar lelaki dan jumlah calon mengikut gender yang memohon untuk menjadi guru bagi tahun ini. - Bernama

Read more...

Saturday, April 24, 2010

KONVENSYEN KEINTELEKTUALAN ANAK-ANAK KELANTAN KEBANGSAAN

PADA 27 DAN 28 MAC 2010, HIMSAK UPSI TELAH DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI KONVENSYEN KEINTELEKTUALAN ANAK-ANAK KELANTAN KEBANGSAAN YANG BERLANSUNG DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. KONVENSYEN INI MELIBATKAN IPT SELURUH MALAYSIA. ANTARA PENGISIAN KONVENSYEN YANG BERLANSUNG SELAMA DUA HARI TERSEBUT ADALAH : i. CERAMAH "MAHASISWA SEBAGAI AGEN PERUBAHAN MASYARAKAT DAN NEGARA" ii. FORUM "EMAS HITAM : SINAR BARU DAN HARAPAN RAKYAT" * AHLI PANAEL: 1. MODERATOR : Y.BRS. PROF. MADYA DR. ADNAN B. HUSSEIN (DEKAN PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI USM) 2. Y. BRBHG. DATO' PROF. DR. HUSSIN @MOHAMAD AB RAHMAN ( PENGARAH UITM MACHANG) 3. Y. BRS. EN. JOHAN CHE PA ( NAIB PRESIDEN PERKASA) 4. Y. BRS. EN. SYED AIZIDI AZIZ ( PENGANALISIS POLITIK)
iii. CERAMAH "PENDIDIKAN TRANSFORMASI KEJAYAAN" iv. FORUM PEMIMPIN PELAJAR : IMPIAN MASA DEPAN : REALITI ATAU MIMPI * AHLI PANEL : 1. MODERATOR : EN. KHAIRUL ERUWAN B. ABDUL HALIM (PENASIHAT 2 HAAKUSM) 2. SDR. MOHAMMAD FAIZ B. OMAR ( KETUA JABATAN PEMBANGUNAN LESTARI DAN KAMPUS SEJAHTERA MPP, USM) 3. SDR. MUHAMMAD SAUFI BIN HARUN ( EXCO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN HIMSAK UPSI) 4. SDR. NIK SAIFUL ADLI B. BURHAN@JAOHARI( PRESIDEN HIMSAK UITM SHAH ALAM)  
v. PERBENTANGAN RESOLUSI KEMAJUAN NEGERI KELANTAN YANG AKAN DISERAHKAN KEPADA DATO' MUSTAFA B. MOHAMAD.
SEKITAR KONVENSYEN BERLANSUNG :
 

Read more...

MALAM RAMAH MESRA HIMSAK UPSI

JUMAAT 26/MAC/2010 : HIMPUNAN SISWAZAH KELANTAN UPSI TELAH MENGANJURKAN "MALAM RAMAH MESRA HIMSAK UPSI" YANG BERLANSUNG DI DEWAN KOLEJ UNGKU OMAR. MALAM RAMAH MESRA INI DIANJURKAN ADALAH UNTUK MENGERATKAN SILATURAHIM ANTARA SISWAZAH KELANTAN SETERUSNYA MERASMIKAN BLOG UNTUK HIMSAK UPSI. ANTARA TETAMU YANG HADIR PADA MALAM RAMAH MESRA TERSEBUT ADALAH DATO' DR. WAN SUHAIMI BIN WAN DAUD MERANGKAP PEGAWAI KHAS TIMBALAN MENTERI INDUSTRI DAN ASAS TANI, PROF. DR. MOHD MUSTAMAN BIN ABD KARIM MERANGKAP TIM. NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN DAN INOVASI ), EN. FAIZI BIN OTHMAN MERANGKAP TIMBALAN PENDAFTAR KANAN (HEPA), DAN KUNJUNGAN DARI HIMSAK KEBANGSAAN.

MAJLIS TERSEBUT BERLANSUNG DENGAN JAYANYA DAN HADIRIN TELAH DIHIBURKAN DENGAN PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DARI KOLEJ UNGKU OMAR YANG MENGHIBURKAN PARA HADIRIN DENGAN BEGITU SEMANGAT SEKALI.

SEKITAR PERJALANAN MAJLIS :




TETAMU VIP MENJAMU SELERA

ANTARA TETAMU VIP YANG HADIR



UCAPAN DARI PRESIDEN HIMSAK UPSI


UCAPAN DARI PRESIDEN HIMSAK KEBANGSAN


UCAPAN PERASMIAN DARI DATO' DR. WAN SUHAIMI

PERSEMBAHAN DIKIR BARAT :

ANTARA SISWAZAH KELANTAN YANG HADIR :






Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP