Friday, November 26, 2010

PENGAMBILAN SIJIL MAJLIS KECEMERLANGAN AKADEMIK

Read more...

Friday, November 12, 2010

buku yang wajib dibeli oleh semua pelajar UPSI

KEPADA YANG BERMINAT SILA BUAT TEMPAHAN DENGAN FAIZ (0194556713)

Read more...

Thursday, October 21, 2010

MAJLIS KECEMERLANGAN AKADEMI

terima kasih kepada semua yang sudi dtg majlis kecemerlangan akademik.. Tahniah kepada semua yg cemerlang..Di sini himsakupsi mohon maaf kepada yang tidak mendapat sijil pada majlis tersebut, himsak akn membuka kaunter pada tarikh yg akan diberi tahu nnti bagi semua pelajar yang cemerlang menuntut sijil mereka.apa pun tingktkn usaha anda dlm exm yg tidak lama lgi..semoga berjaya!!

Read more...

Friday, October 15, 2010

MAJLIS KEMERLANGAN AKADEMIK

Read more...

Friday, September 24, 2010

Malam Silaturahim Himpunan Siswazah Kelantan UPSI

Time kasih kepada semua yang datang menjayakan majlis silaturahim himsak..jasa dan komitmen anda akan dikenang

Read more...

Tuesday, September 21, 2010

Malam Silaturahim Himpunan Siswazah Kelantan UPSI

Read more...

Monday, August 23, 2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA MAHASISWA ANAK KELANTAN UPSI

Sambutan Aidilfitri Himpunan siswazah anak kelantan bersama YB. Dato' Sri  Mustapha Mohamed
Tempat :  Sek. Men. Sultan Ismail, Jalan Telipot, Kota Bharu
Masa    : 9.00 Pagi - 1.00 tengahari
Tarikh   : 13 September 2010 ( raya ke-4)

Semua mahasiswa/wi Upsi anak kelantan dijemput hadir

Read more...

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA SEMUA AHLI HIMSAKUPSI

Kami daripada majlis tertinggi himsakupsi mengucapkan selamat berpuasa kepada semua mahasiswa/wi upsi. Semoga bulan ramadhn ini ukhwah antara kita kekal dan bertambah erat.

Read more...

Tuesday, August 3, 2010

MAKLUMAN KEPADA SEMUA AHLI,SILA AMBIL PERHATIAN!!!

Makluman kepada semua ahli himsak, kami memohon maaf kepada semua ahli  kerana telah membatalkan program hari keluarga bersama M@JOR..  Kami daripada majlis tertinggi himsakupsi telah membuat keputusan menarik diri menyertai hari keluarga M@JOR di padang upsi dan gimnasium. Hal ini kerana majlis tersebut telah berlaku serentak dengan khusus kepimpinan dan hari keluarga himsak pusat. Harap semua maklum, dan kami memohon maaf jika ada sebarang kesulitan daripada semua ahli.

Read more...

Wednesday, July 28, 2010

Penangguhan Hari Keluarga Himsakupsi dengan M@jor pada 7hb 8 2010

Kami himsakupsi dengan M@jor telah menunda tarikh hari keluarga pada 1hb 8 2010 kepada 7hb 8 2010. Diharap semua maklum mengenai perubahan ini. Kami masih menerima mana-mana ahli yang berminat ingin menyertai program tersebut, boleh la berhubung terus dengan Faiz (019-4556713) atau Shufian (013-6295020)

Read more...

Monday, July 26, 2010

PROGRAM HARI KELUARGA HIMSAKUPSI

Makluman kepada semua ahli himpunan siswazah kelantan upsi yang berminat menyertai hari keluarga himsakupsi pada 7hb 8 2010 bertempat dipadang upsi dan gimnasium. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti pertandingan futsal, bola jaring dan sukaneka menanti anda. Kita juga akan bergotong royong menyediakan juadah makanan pada hari tersebut. Kepada ahli yang berminat sila datang ke kaunter pendaftaran himsakupsi dibitara untuk mendaftar dan menjelaskan bayaran sebanyak RM5. Kami daripada himsakupsi bekerjasama dengan persatuan anak negeri Johor (M@JOR) menjayakan aktiviti tersebut.

Diharapkan semua ahli himsakupsi menyertai program tersebut..sekian harap maklum.
segala masalah boleh hubungi : faiz( 0194556713), shufian (0136295020)

Read more...

Sunday, July 25, 2010

Selamat Datang Kepada Pelajar Baru

Hari ini pelajar rayuan telah mendaftar di upsi,Kami daripada himsakupsi mengucapkan selamat datang ke UPSI.

Read more...

Friday, July 23, 2010

pendaftaran himsak upsi kini dilanjutkan sehingga hari rabu (26-28 JULAI 2010)

Perhatian kepada semua mahasiswa kelantan, kami dari himsakupsi telah memanjangkan pendaftaran himsak sehingga hari rabu ini. Hal ini kerana sambutan yang amat menggalakkan daripada mahasiswa kelantan. Jutaan terima kasih kepada yang telah mendaftar  dan kepada sesiapa yang belum berbuat demikian sila hadir dibitarasiswa mendaftar sebagai ahli.


       TARIKH : 26,27 & 28 JULAI 2010 ( ISNIN, SELASA & RABU)
        MASA    : 10.00 AM - 4.00 PM
        TEMPAT : BITARASISWA

Read more...

Thursday, July 22, 2010

SEMINAR KEUSAHAWANAN DI UPSI

KEPADA SEMUA MAHASISWA/WI UPSI YANG BERMINAT MENYERTAI SEMINAR KEUSAHAWANAN PADA 8/8/2010 DI SITC . PROGRAM TERSEBUT DIJALANKAN SELAMA SATU HARI. SIJIL-SIJIL AKAN DISEDIAKAN KEPADA MEREKA YANG MENYERTAINYA. MAKLUMAT LANJUT SILA BERHUBUNG BIRO KEUSAHAWANAN DI PEJABAT MPP.

Read more...

TERIMA KASIH KERANA MENDAFTAR MENJADI AHLI HIMSAK

Kami daripada barisan kepimpinan himsakupsi mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anak-anak kelantan kepada himpunan siswazah kelantan. Diharapkan sokogan ini berterusan dengan anda menyertai program-program yang akan diadakan nanti.Kepada rakan-rakan yang belum mendaftar menjadi ahli himsak,sila berbuat demikian dibitarasiswa...harap maklum

Read more...

Monday, July 19, 2010

MEMO PENDAFTARAN HIMSAK

Read more...

Friday, July 9, 2010

PTPTN

BERITA GEMBIRA KEPADA SEMUA MAHASISWA/WI UPSI KERANA PTPTN TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN PELAJAR PADA HARI INI.
SEMOGA DENGAN WANG PINJAMAN INI DAPAT MERINGANKAN BEBAN MAHASISWA/WI UNTUK MEMULAKAN SESI SEMESTER BARU INI DAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK BENDAHARI UPSI KERANA MENGKREDITKAN PTPTN AWAL KEPADA PELAJAR-PELAJAR.

Read more...

Saturday, July 3, 2010

KEM KEPIMPINAN MAHASISWA

KEPADA MAHASISWA/WI YANG BERMINAT MENYERTAI KEM KEPIMPINAN MAHASISWA PADA 6/8/2010 HINGGA 9/8/2010 BOLEH MENYERAHKAN NAMA, KAD PENGENALAN DAN NOMBOR TELEFON ANDA KE himsakupsi@gmail.com.

SEBARANG MAKLUMAT TERBARU DAN SEGALA PERUBAHAN AKAN DI BERITAHU DARI SEMASA KE SEMASA.

Read more...

PENGUMUMAN KEPADA MAHASISWA/WI DARI GUA MUSANG

KEPADA MAHASISWA/WI DARI GUA MUSANG YANG BERMINAT MENGIKUTI MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH PADA 17/7/2010 BERTEMPAT DI KUALA LUMPUR.

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHANTAR NAMA DAN NOMBO TELEFON ANDA KE himsakupsi@gmail.com.

KAMI MEMERLUKAN SERAMAI 40 ORANG MAHASISWA/WI DARI GUA MUSANG DAN SILA SERAHKAN NAMA ANDA SECEPAT MUNGKIN.

Read more...

Tuesday, June 29, 2010

SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA/WI UPSI 2010/2011

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA MAHASISWA/WI BAGI AMBILAN JULAI 2010/2011. MAJLIS TERTINGGI HIMSAK UPSI MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN PELAJAR-PELAJAR BARU AMBILAN JULAI 2010/2011 DAN KAMI BERHARAP ANDA SEMUA MENGIKUTI SEGALA AKTIVITI YANG DISEDIAKAN DAN BERHARAP ANDA MENJADI MAHASISWA/WI YANG BITARA DAN MENJADI SEORANG PENDIDIK YANG CEMERLANG DAN AKAN MENJULANG NEGERI KELANTAN.

Read more...

PTPTN

BERITA BAIK KEPADA SEMUA MAHASISWA/WI UPSI, PINJAMAN PTPTN DIJANGKA AKAN DI AKAUNKAN KEPADA SEMUA PELAJAR PADA 10/7/2010 SEKIRANYA TIADA SEBARANG MASALAH. SEBARANG ERUBAHAN AKAN DIBERITAHU KELAK. 

Read more...

MALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

HIMPUNAN SISWZAH UPSI AKAN MENGADAKAN MALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN DIHARAP KEPADA SEMUA PELAJAR KELANTAN YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG PADA PEPERIKSAAN PADA SESI 2009/2010 SILA SERAHKAN SLIP PEPERIKSAAN, NO IC, DAN NAMA KEPADA HIMSAK UPSI.
DOKUMEN TERSEBUT SILA SERAHKAN KEPADA SAUDARA SYED DAN BOLEH DIHUBUNGI DI TALIAN 019-4601439.

Read more...

Monday, May 3, 2010

SEBAB-SEBAB CALON TIDAK DIPERAKUKAN SEMASA TEMUDUGA SPP

Tarikh : 4 Mac 2010/18 R'Awal 1431H


MAJLIS RAMAH MESRA Dl ANTARA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN DENGAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEBAB CALON TIDAK DIPERAKU


PERSONALIT1 & SIKAP

1. Lemah BM dan tidak berkeyakinan dalam menyampai pendapat

2. Tidak bersemangat dan bersahaja dalam menjawab

3. Berkomunikasi dalam dialek Kelantan

4. Banyak diam dari berhujah - idea terbatas, tiada ulasan

5. Komunikasi tidak lancar dan meyakinkan

6. Tidak berkeyakinan menjawab

7. Calon tidak bersedia

8. Tidak bersungguh-sungguh, idea tidak lancar & tersekat-sekat

9. Tidak bersedia dan tidak berusaha menjawab

10. Tidak berusaha untuk menjawab/mencuba .

11. Tidak dapat mengakui dan mengeluarkan pendapat dengan jitu, lemah dan tidak berkeyakinan

12. Kurang persediaan

13. Kurang persediaan & mengaku 'tidak boleh ingat', tidak dapat meyakinkan mengapa memilih kerjaya sbg Guru B.lnggeris dan ikut arahan ibu bapa

14. Kurang bersedia & lupa

15. Tidak bersedia

16. Kurang fokus dan meminta soalan diulang beberapa kali





KEMAHIRAN PROFESIONAL KEGURUAN

1 Tidak dapat menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan dengan baik/Iancar

2 Tidak nampak kesungguhan dalam profesyen keguruan

3 Gagal menjelaskan tentang kepentingan FPK & PIPP, cabaran wawasan 2020

4 Aplikasi FPK dan KBSR

5 Tidak dapat menghuraikan ' kepentingan FPK sebagai seorang pendidik1

6 Tidak dapat menjawab tentan tujuan sukatan pelajaran Pend, Jasmani & kesihatan, objektif PJK dan aplikasi FPK

7 Gagal membentangkan FPK dan kepentingan FPK kepada Sistem Pendidikan Negara

8 Tidak dapat menghuraikan maksud memperkembangkan potensi individu seperti yang terdapat dalam FPK

9. Lemah dalam penerangan mengenai kawalan emosi diri dan emosi murid dan kaedah untuk membantu murid lemah kurang memuaskan

10. Tidak dapat mengjawab tentang KBSR, kandungan sukatan pelajaran PJK, teori pembelajaran dan tidak dapat menjelaskan hujah yang konkrit

11. Belum bersedia menjadi guru,.tidak dapat menghurai teori pembelajaran dan kedah P&P berkesan

12. Tidak dapat menjawab objektif KBSR, aplikasi FPK dan teori pembelajaran

13. Tidak dapat menghurai komponen kurikulum pendidikan khas (pengkhususan masalah pernbelajaran)

14. Tidak membaca KBSR dan FPK

15. Tidak pasti tentang KBSR

16. Tidak dapat menjawab KBSR, PIPP





ILMU PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BIDANG TUGAS

1 Kurang menguasai kemahiran bidang P&P dan pengetahuan tetang Dasar Pendidikan sangat kurang

2 Tidak mempunyai maklumat lengkap tetang organisasi sekolah dan Kurang jelas peranan panitia

3 Kurang pengetahuan tentang kurikulum dan kokurikulum dan tidak jelas tentang kaedah dan strategi P&P

4 Idea tentang ilmu keguruan tidak jelas dan tidak menguasai kemahiran bidang tugas sebagai guru

5 Kelemah dalam penguasaan ilmu keguruan, kurang memuaskan dan tidak menguasai kaeda & strategi P&P berkesan

6 Tidak dapat menggambarkan proses P&P yang berkesan dan lemah dalam pengetahaun asas berbahasa

7 Tidak mampu mengaitkan elemen dim FPK dn tugas rasmi dan tidak mampu menjelaskan JERI(FPK) dgn baik

8 Pengetahuan tentang ilmu keguruan sangat terhad dan kemahiran bidang tugas tidak dikuasai dgn baik

9 Tidak memahami bidang tugas dalam pengurusan bilik Kemahiran hidup, kepentingan badan beruniform dan keperluan ujian & pentaksiran

10 Kurang menjawab perkara asas kokurikufum pengakap, penghayatan yang sangat minima tetang pengetahuan kurikulum dan kokurikulum

11 Tidak dapat menyatakan RPT dan gagal mengaitkan objektif P&P

12 Tidak dapat meyakinkan tentang amalan kurikulum dan kokurikulurny

13 Tidak dapat meyakinkan tentang amalan kurikuium dan kokurikulum>

14 Tidak berjaya menatakan proses P&P dgn jelas, tidak dapat mengafwan dgn FPK dan tidak dapat mengutarakan objektif & strategi P&P

17 Tidak dapat menyatakan caontoh objektif pengajaran, P&P berpusatkan murid

18 Tidak dapat menerangkan tentang kurikulum, kokurikulum dan organisasi sekolah

19 Tidak dapat menjelaskan sepenuhnya teras strategi PIPP, I Malaysia dan keistimewaan pendidikan dalam bajet 2010

20 Tidak dapat menyatakan bidang kurikulum dan komjirikufum

23 Tidak dapat menjawab dengan tepat tetang set induksi, aspek sekolah, dan konten sbg guru B.Inggeris

24 Tidak dapat menghurai teori & kaedah P&P dan tidak bersedia melengkapkan ilmu pendidikan sebagai guru

25 Tidak dapat menghurai kaedah dan persediaan kelas

28 Tidak yakin menyatakan strategi P&P untuk murid pendidikan khas

29 Pengetahaun cetek dalam - Teori Pendidikan dan JSU

30 Tidak faham konsep KBSR, kurikulum, dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

31 Tidak tahu bidang tugas secara berfokus

32 Tidak dapat menjawab tetang pendekatan /kaedah P&P dan maksud budaya sekoalh

33 Tidak dapat menyatakan peranan panitia, PIBG dan gagal menyatakan 3 bidang kokurikulum

Read more...

Friday, April 30, 2010

PENDAFTARAN MINOR PELAJAR SEMESTER 2

Perhatian kepada semua pelajar semester 2 program berikut :

  1. Pendidikan Biologi (AT11)
  2. Pendidikan Fizik (AT12)
  3. Pendidikan Kimia (AT13)
  4. Pendidikan Matematik (AT14)
  5. Sains (Matematik) dengan Pendidikan (AT48)
Sekiranya saudara/saudari telah mendaftar minor Biologi atau Fizik atau Kimia atau Matematik, saudara/saudari dikehendaki/diwajibkan menggugurkan minor tersebut dan mendaftar minor selain daripada daripada minor yang dinyatakan diatas.

Saudara/Saudari dinasihatkan supaya mendaftar bidang minor berikut
  1. Kemahiran Hidup
  2. Sejarah
  3. TESL
  4. Pendidikan Seni

Permohonan bidang Minor Ekonomi juga tidak dibenarkan.

Saudara/Saudari hendaklah mengisi borang dan melengkapkan Borang Pertukaran Bidang Minor dan dihantar ke unit Pendaftaran BHEA setelah permohonan pertukaran bidang minor diluluskan.

Saudara/Saudari juga diwajibkan menggugurkan semua kursus yang telah didaftarkan di bawah Bidang Minor Lama dan Mendaftarkan semula kursus di bawah Bidang Minor Yang Baharu. Pra-Pendaftaran kursus akan berakhir pada 5 mei 2010 (Rabu)

Sekian, untuk tindakan

Sumber: Pejabat Pendaftar, Unit Pendaftaran , Bahagian Hal Ehwal Akademik

Dipetik dari Blog MPP-UPSI

Read more...

Thursday, April 29, 2010

KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN GRADUAN (K3G 2010)

Adalah dimaklumkan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan keusahawanan Graduan 2010 (K3G 2010) seperti butiran berikut :
Tarikh : 14 - 16 Mei 2010
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Penganjuran K3G ini merupakan satu pendekatan murni bagi menangani isu berkaitan kebolehpasaran para graduan serta menggalakkan program keusahawanan di kalangan graduan. K3G juga merupakan saluran bagi meningkatkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan pelbagai sektor industri dalam menyediakan peluang pekerjaan bagi kumpulan sasaran iaitu graduan lepasan IPT.

Majlis perasmian K3G 2010 akan disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 2010 jam 11.00 pagi.

Read more...

Tuesday, April 27, 2010

Kerajaan kaji naikkan elaun, naik taraf kuarters guru di pedalaman

SISIPAN AKHBAR BERITA HARIAN 26/4/2010 :

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji keperluan menaikkan elaun tambahan guru-guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman terutama di kawasan yang dikategorikan sebagai pedalaman 2 (P2) dan pendalam 3 (P3), kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi.

Beliau berkata ini adalah sebahagian daripada langkah yang ditimbangkan kerajaan bagi memastikan guru-guru di kawasan itu yang kebanyakannya terletak di pedalaman Sabah dan Sarawak, mendapat kemudahan yang sewajarnya.
"Memang saya akui guru-guru ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, sebagai contoh di Kinandut apabila mereka yang keluar membeli barang di Pensiangan kadang-kadang tersadai sehingga dua hari apabila pemandu lupa mengambil mereka dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengajar manakala kos mereka pergi balik naik bot pula lebih kurang RM500.
"Sebab itu guru-guru di kawasan P3 di beri elaun tambahan RM1,500, P2 RM1,000 dan P1 RM500. Oleh itu kerajaan sedang berusaha untuk mengkaji semula sama ada elaun ini boleh dinaikkan atau pun tidak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Ahamat@Ahamad Yusop yang mahu tahu langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian bagi memastikan guru-guru di pedalaman Sabah dan Sarawak mendapat kemudahan sewajarnya.

Puad berkata kerajaan juga sedang berusaha menaik taraf kuarters guru-guru di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi memastikan keselamatan mereka yang mendiaminya terjamin.

"Kerajaan akan pastikan kuarters penginapan guru-guru ini selamat untuk diduduki dan akan naik taraf supaya ia sesuai dan selamat terutama untuk guru-guru wanita yang bertugas di pedalaman. Kerajaan akan pastikan bangunan itu selamat, kukuh, pintunya kuat dan berpagar," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pengambilan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini berjumlah 7,079 orang.
"Bagi KPLI 1,435 calon lelaki dan 2,270 calon wanita dipanggil untuk temuduga bagi mengisi kekosongan 1,878 tempat. Manakala KPLSM 5,030 calon lelaki dan 5,118 calon wanita dipanggil untuk temuduga bagi mengisi 5,201 kekosongan," katanya.

Mengenai nisbah pengambilan guru yang akan diseimbangkan mengikut jantina iaitu 50 peratus lelaki dan 50 peratus wanita mulai tahun ini, beliau berkata ini disebabkan kerajaan kini memerlukan guru lelaki sebagai guru disiplin dan sebagai tenaga pengajar di kawasan pedalaman.

"Guru lelaki lebih sesuai sebagai guru disiplin bagi mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar. Mereka juga sesuai untuk dihantar ke pedalaman atas faktor keselamatan dan sebagai memenuhi aspirasi kementerian yang mahukan sukan dimasukkan sebagai elemen penting dalam kurikulum persekolahan," katanya.

Puad berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Azizah Abd Samad yang ingin tahu langkah kementerian dalam mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar lelaki dan jumlah calon mengikut gender yang memohon untuk menjadi guru bagi tahun ini. - Bernama

Read more...

Saturday, April 24, 2010

KONVENSYEN KEINTELEKTUALAN ANAK-ANAK KELANTAN KEBANGSAAN

PADA 27 DAN 28 MAC 2010, HIMSAK UPSI TELAH DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI KONVENSYEN KEINTELEKTUALAN ANAK-ANAK KELANTAN KEBANGSAAN YANG BERLANSUNG DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. KONVENSYEN INI MELIBATKAN IPT SELURUH MALAYSIA. ANTARA PENGISIAN KONVENSYEN YANG BERLANSUNG SELAMA DUA HARI TERSEBUT ADALAH : i. CERAMAH "MAHASISWA SEBAGAI AGEN PERUBAHAN MASYARAKAT DAN NEGARA" ii. FORUM "EMAS HITAM : SINAR BARU DAN HARAPAN RAKYAT" * AHLI PANAEL: 1. MODERATOR : Y.BRS. PROF. MADYA DR. ADNAN B. HUSSEIN (DEKAN PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI USM) 2. Y. BRBHG. DATO' PROF. DR. HUSSIN @MOHAMAD AB RAHMAN ( PENGARAH UITM MACHANG) 3. Y. BRS. EN. JOHAN CHE PA ( NAIB PRESIDEN PERKASA) 4. Y. BRS. EN. SYED AIZIDI AZIZ ( PENGANALISIS POLITIK)
iii. CERAMAH "PENDIDIKAN TRANSFORMASI KEJAYAAN" iv. FORUM PEMIMPIN PELAJAR : IMPIAN MASA DEPAN : REALITI ATAU MIMPI * AHLI PANEL : 1. MODERATOR : EN. KHAIRUL ERUWAN B. ABDUL HALIM (PENASIHAT 2 HAAKUSM) 2. SDR. MOHAMMAD FAIZ B. OMAR ( KETUA JABATAN PEMBANGUNAN LESTARI DAN KAMPUS SEJAHTERA MPP, USM) 3. SDR. MUHAMMAD SAUFI BIN HARUN ( EXCO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN HIMSAK UPSI) 4. SDR. NIK SAIFUL ADLI B. BURHAN@JAOHARI( PRESIDEN HIMSAK UITM SHAH ALAM)  
v. PERBENTANGAN RESOLUSI KEMAJUAN NEGERI KELANTAN YANG AKAN DISERAHKAN KEPADA DATO' MUSTAFA B. MOHAMAD.
SEKITAR KONVENSYEN BERLANSUNG :
 

Read more...

MALAM RAMAH MESRA HIMSAK UPSI

JUMAAT 26/MAC/2010 : HIMPUNAN SISWAZAH KELANTAN UPSI TELAH MENGANJURKAN "MALAM RAMAH MESRA HIMSAK UPSI" YANG BERLANSUNG DI DEWAN KOLEJ UNGKU OMAR. MALAM RAMAH MESRA INI DIANJURKAN ADALAH UNTUK MENGERATKAN SILATURAHIM ANTARA SISWAZAH KELANTAN SETERUSNYA MERASMIKAN BLOG UNTUK HIMSAK UPSI. ANTARA TETAMU YANG HADIR PADA MALAM RAMAH MESRA TERSEBUT ADALAH DATO' DR. WAN SUHAIMI BIN WAN DAUD MERANGKAP PEGAWAI KHAS TIMBALAN MENTERI INDUSTRI DAN ASAS TANI, PROF. DR. MOHD MUSTAMAN BIN ABD KARIM MERANGKAP TIM. NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN DAN INOVASI ), EN. FAIZI BIN OTHMAN MERANGKAP TIMBALAN PENDAFTAR KANAN (HEPA), DAN KUNJUNGAN DARI HIMSAK KEBANGSAAN.

MAJLIS TERSEBUT BERLANSUNG DENGAN JAYANYA DAN HADIRIN TELAH DIHIBURKAN DENGAN PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DARI KOLEJ UNGKU OMAR YANG MENGHIBURKAN PARA HADIRIN DENGAN BEGITU SEMANGAT SEKALI.

SEKITAR PERJALANAN MAJLIS :




TETAMU VIP MENJAMU SELERA

ANTARA TETAMU VIP YANG HADIR



UCAPAN DARI PRESIDEN HIMSAK UPSI


UCAPAN DARI PRESIDEN HIMSAK KEBANGSAN


UCAPAN PERASMIAN DARI DATO' DR. WAN SUHAIMI

PERSEMBAHAN DIKIR BARAT :

ANTARA SISWAZAH KELANTAN YANG HADIR :






Read more...

Wednesday, March 17, 2010

Ucapan Presiden Himsak Upsi




Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-Nya, maka saya dapat memberi ucapan di dalam ruangan blog ini. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa Himpunan Siswazah Kelantan UPSI kerana telah mewujudkan satu blog yang menarik dan penuh informasi kepada para siswazah kelantan.

Para siswazah Kelantan sekalian.

Sesuai dengan moto Himpunan Siswazah Kelantan UPSI “Pendidik Cemerlang, Kelantan Dijulang”, adalah diharapkan ia dapat menjadi penjana dan pemangkin kepada budaya belajar dan tingkah laku siswazah Kelantan. Siswazah Kelantan di UPSI perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa yang cemerlang dalam setiap bidang agar martabat diri, keluarga dan seterusnya negeri diangkat di mata masyarakat. Kita tidak mahu pelan yang digubal oleh pihak universiti dan negara dengan penuh penelitian dan harapan, tidak tercapai dan hanya tinggal slogan serta retorik semata-mata kerana mahasiwa di UPSI tidak melaksanakan peranannya sebagai seorang pendidik yang cemerlang.

Saya mengharapkan blog ini menjadi satu wadah untuk mahasiswa UPSI amnya dan khusunya mahasiswa Kelantan mendapatkan segala maklumat dan informasi terbaru mengenai UPSI seperti soal pendidikan dan kebajikan pelajar dapat disampaikan terus kepada pengetahuan mahasiswa. Ahli-ahli HIMSAK juga boleh merujuk mengenai segala program yang akan diadakan sepanjang tahun dan dapat menyertai segala program yang akan diadakan nanti. Setiap mahasiswa Kelantan diseru agar mendaftar sebagai ahli HIMSAK bagi memudahkan pihak HIMSAK menjaga kebajikan anda semua di UPSI serta dapat menyampaikan segala maklumat terus kepada anda.

Para siswazah Kelantan sekalian.

Akhir bicara, harapan saya agar semua ahli HIMSAK bersatu hati dan menyertai segala program yang akan dijalankan oleh persatuan. Jadilah mahasiswa yang cemerlang dan akhlak yang terpuji supaya masyarakat memandang mahasiswa UPSI sebagai mahasiswa yang terbaik. Sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa HIMSAK UPSI kerana memberi komitmen dan sumbangan dalam mengerakkan persatuan ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sekian. Terima kasih.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP