Wednesday, March 17, 2010

Ucapan Presiden Himsak Upsi




Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-Nya, maka saya dapat memberi ucapan di dalam ruangan blog ini. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa Himpunan Siswazah Kelantan UPSI kerana telah mewujudkan satu blog yang menarik dan penuh informasi kepada para siswazah kelantan.

Para siswazah Kelantan sekalian.

Sesuai dengan moto Himpunan Siswazah Kelantan UPSI “Pendidik Cemerlang, Kelantan Dijulang”, adalah diharapkan ia dapat menjadi penjana dan pemangkin kepada budaya belajar dan tingkah laku siswazah Kelantan. Siswazah Kelantan di UPSI perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa yang cemerlang dalam setiap bidang agar martabat diri, keluarga dan seterusnya negeri diangkat di mata masyarakat. Kita tidak mahu pelan yang digubal oleh pihak universiti dan negara dengan penuh penelitian dan harapan, tidak tercapai dan hanya tinggal slogan serta retorik semata-mata kerana mahasiwa di UPSI tidak melaksanakan peranannya sebagai seorang pendidik yang cemerlang.

Saya mengharapkan blog ini menjadi satu wadah untuk mahasiswa UPSI amnya dan khusunya mahasiswa Kelantan mendapatkan segala maklumat dan informasi terbaru mengenai UPSI seperti soal pendidikan dan kebajikan pelajar dapat disampaikan terus kepada pengetahuan mahasiswa. Ahli-ahli HIMSAK juga boleh merujuk mengenai segala program yang akan diadakan sepanjang tahun dan dapat menyertai segala program yang akan diadakan nanti. Setiap mahasiswa Kelantan diseru agar mendaftar sebagai ahli HIMSAK bagi memudahkan pihak HIMSAK menjaga kebajikan anda semua di UPSI serta dapat menyampaikan segala maklumat terus kepada anda.

Para siswazah Kelantan sekalian.

Akhir bicara, harapan saya agar semua ahli HIMSAK bersatu hati dan menyertai segala program yang akan dijalankan oleh persatuan. Jadilah mahasiswa yang cemerlang dan akhlak yang terpuji supaya masyarakat memandang mahasiswa UPSI sebagai mahasiswa yang terbaik. Sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa HIMSAK UPSI kerana memberi komitmen dan sumbangan dalam mengerakkan persatuan ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sekian. Terima kasih.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP