Monday, May 3, 2010

SEBAB-SEBAB CALON TIDAK DIPERAKUKAN SEMASA TEMUDUGA SPP

Tarikh : 4 Mac 2010/18 R'Awal 1431H


MAJLIS RAMAH MESRA Dl ANTARA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN DENGAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEBAB CALON TIDAK DIPERAKU


PERSONALIT1 & SIKAP

1. Lemah BM dan tidak berkeyakinan dalam menyampai pendapat

2. Tidak bersemangat dan bersahaja dalam menjawab

3. Berkomunikasi dalam dialek Kelantan

4. Banyak diam dari berhujah - idea terbatas, tiada ulasan

5. Komunikasi tidak lancar dan meyakinkan

6. Tidak berkeyakinan menjawab

7. Calon tidak bersedia

8. Tidak bersungguh-sungguh, idea tidak lancar & tersekat-sekat

9. Tidak bersedia dan tidak berusaha menjawab

10. Tidak berusaha untuk menjawab/mencuba .

11. Tidak dapat mengakui dan mengeluarkan pendapat dengan jitu, lemah dan tidak berkeyakinan

12. Kurang persediaan

13. Kurang persediaan & mengaku 'tidak boleh ingat', tidak dapat meyakinkan mengapa memilih kerjaya sbg Guru B.lnggeris dan ikut arahan ibu bapa

14. Kurang bersedia & lupa

15. Tidak bersedia

16. Kurang fokus dan meminta soalan diulang beberapa kali





KEMAHIRAN PROFESIONAL KEGURUAN

1 Tidak dapat menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan dengan baik/Iancar

2 Tidak nampak kesungguhan dalam profesyen keguruan

3 Gagal menjelaskan tentang kepentingan FPK & PIPP, cabaran wawasan 2020

4 Aplikasi FPK dan KBSR

5 Tidak dapat menghuraikan ' kepentingan FPK sebagai seorang pendidik1

6 Tidak dapat menjawab tentan tujuan sukatan pelajaran Pend, Jasmani & kesihatan, objektif PJK dan aplikasi FPK

7 Gagal membentangkan FPK dan kepentingan FPK kepada Sistem Pendidikan Negara

8 Tidak dapat menghuraikan maksud memperkembangkan potensi individu seperti yang terdapat dalam FPK

9. Lemah dalam penerangan mengenai kawalan emosi diri dan emosi murid dan kaedah untuk membantu murid lemah kurang memuaskan

10. Tidak dapat mengjawab tentang KBSR, kandungan sukatan pelajaran PJK, teori pembelajaran dan tidak dapat menjelaskan hujah yang konkrit

11. Belum bersedia menjadi guru,.tidak dapat menghurai teori pembelajaran dan kedah P&P berkesan

12. Tidak dapat menjawab objektif KBSR, aplikasi FPK dan teori pembelajaran

13. Tidak dapat menghurai komponen kurikulum pendidikan khas (pengkhususan masalah pernbelajaran)

14. Tidak membaca KBSR dan FPK

15. Tidak pasti tentang KBSR

16. Tidak dapat menjawab KBSR, PIPP





ILMU PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BIDANG TUGAS

1 Kurang menguasai kemahiran bidang P&P dan pengetahuan tetang Dasar Pendidikan sangat kurang

2 Tidak mempunyai maklumat lengkap tetang organisasi sekolah dan Kurang jelas peranan panitia

3 Kurang pengetahuan tentang kurikulum dan kokurikulum dan tidak jelas tentang kaedah dan strategi P&P

4 Idea tentang ilmu keguruan tidak jelas dan tidak menguasai kemahiran bidang tugas sebagai guru

5 Kelemah dalam penguasaan ilmu keguruan, kurang memuaskan dan tidak menguasai kaeda & strategi P&P berkesan

6 Tidak dapat menggambarkan proses P&P yang berkesan dan lemah dalam pengetahaun asas berbahasa

7 Tidak mampu mengaitkan elemen dim FPK dn tugas rasmi dan tidak mampu menjelaskan JERI(FPK) dgn baik

8 Pengetahuan tentang ilmu keguruan sangat terhad dan kemahiran bidang tugas tidak dikuasai dgn baik

9 Tidak memahami bidang tugas dalam pengurusan bilik Kemahiran hidup, kepentingan badan beruniform dan keperluan ujian & pentaksiran

10 Kurang menjawab perkara asas kokurikufum pengakap, penghayatan yang sangat minima tetang pengetahuan kurikulum dan kokurikulum

11 Tidak dapat menyatakan RPT dan gagal mengaitkan objektif P&P

12 Tidak dapat meyakinkan tentang amalan kurikulum dan kokurikulurny

13 Tidak dapat meyakinkan tentang amalan kurikuium dan kokurikulum>

14 Tidak berjaya menatakan proses P&P dgn jelas, tidak dapat mengafwan dgn FPK dan tidak dapat mengutarakan objektif & strategi P&P

17 Tidak dapat menyatakan caontoh objektif pengajaran, P&P berpusatkan murid

18 Tidak dapat menerangkan tentang kurikulum, kokurikulum dan organisasi sekolah

19 Tidak dapat menjelaskan sepenuhnya teras strategi PIPP, I Malaysia dan keistimewaan pendidikan dalam bajet 2010

20 Tidak dapat menyatakan bidang kurikulum dan komjirikufum

23 Tidak dapat menjawab dengan tepat tetang set induksi, aspek sekolah, dan konten sbg guru B.Inggeris

24 Tidak dapat menghurai teori & kaedah P&P dan tidak bersedia melengkapkan ilmu pendidikan sebagai guru

25 Tidak dapat menghurai kaedah dan persediaan kelas

28 Tidak yakin menyatakan strategi P&P untuk murid pendidikan khas

29 Pengetahaun cetek dalam - Teori Pendidikan dan JSU

30 Tidak faham konsep KBSR, kurikulum, dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

31 Tidak tahu bidang tugas secara berfokus

32 Tidak dapat menjawab tetang pendekatan /kaedah P&P dan maksud budaya sekoalh

33 Tidak dapat menyatakan peranan panitia, PIBG dan gagal menyatakan 3 bidang kokurikulum

Read more...

Friday, April 30, 2010

PENDAFTARAN MINOR PELAJAR SEMESTER 2

Perhatian kepada semua pelajar semester 2 program berikut :

  1. Pendidikan Biologi (AT11)
  2. Pendidikan Fizik (AT12)
  3. Pendidikan Kimia (AT13)
  4. Pendidikan Matematik (AT14)
  5. Sains (Matematik) dengan Pendidikan (AT48)
Sekiranya saudara/saudari telah mendaftar minor Biologi atau Fizik atau Kimia atau Matematik, saudara/saudari dikehendaki/diwajibkan menggugurkan minor tersebut dan mendaftar minor selain daripada daripada minor yang dinyatakan diatas.

Saudara/Saudari dinasihatkan supaya mendaftar bidang minor berikut
  1. Kemahiran Hidup
  2. Sejarah
  3. TESL
  4. Pendidikan Seni

Permohonan bidang Minor Ekonomi juga tidak dibenarkan.

Saudara/Saudari hendaklah mengisi borang dan melengkapkan Borang Pertukaran Bidang Minor dan dihantar ke unit Pendaftaran BHEA setelah permohonan pertukaran bidang minor diluluskan.

Saudara/Saudari juga diwajibkan menggugurkan semua kursus yang telah didaftarkan di bawah Bidang Minor Lama dan Mendaftarkan semula kursus di bawah Bidang Minor Yang Baharu. Pra-Pendaftaran kursus akan berakhir pada 5 mei 2010 (Rabu)

Sekian, untuk tindakan

Sumber: Pejabat Pendaftar, Unit Pendaftaran , Bahagian Hal Ehwal Akademik

Dipetik dari Blog MPP-UPSI

Read more...

Thursday, April 29, 2010

KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN GRADUAN (K3G 2010)

Adalah dimaklumkan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan keusahawanan Graduan 2010 (K3G 2010) seperti butiran berikut :
Tarikh : 14 - 16 Mei 2010
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Penganjuran K3G ini merupakan satu pendekatan murni bagi menangani isu berkaitan kebolehpasaran para graduan serta menggalakkan program keusahawanan di kalangan graduan. K3G juga merupakan saluran bagi meningkatkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan pelbagai sektor industri dalam menyediakan peluang pekerjaan bagi kumpulan sasaran iaitu graduan lepasan IPT.

Majlis perasmian K3G 2010 akan disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 2010 jam 11.00 pagi.

Read more...

Tuesday, April 27, 2010

Kerajaan kaji naikkan elaun, naik taraf kuarters guru di pedalaman

SISIPAN AKHBAR BERITA HARIAN 26/4/2010 :

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji keperluan menaikkan elaun tambahan guru-guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman terutama di kawasan yang dikategorikan sebagai pedalaman 2 (P2) dan pendalam 3 (P3), kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi.

Beliau berkata ini adalah sebahagian daripada langkah yang ditimbangkan kerajaan bagi memastikan guru-guru di kawasan itu yang kebanyakannya terletak di pedalaman Sabah dan Sarawak, mendapat kemudahan yang sewajarnya.
"Memang saya akui guru-guru ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, sebagai contoh di Kinandut apabila mereka yang keluar membeli barang di Pensiangan kadang-kadang tersadai sehingga dua hari apabila pemandu lupa mengambil mereka dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengajar manakala kos mereka pergi balik naik bot pula lebih kurang RM500.
"Sebab itu guru-guru di kawasan P3 di beri elaun tambahan RM1,500, P2 RM1,000 dan P1 RM500. Oleh itu kerajaan sedang berusaha untuk mengkaji semula sama ada elaun ini boleh dinaikkan atau pun tidak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Ahamat@Ahamad Yusop yang mahu tahu langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian bagi memastikan guru-guru di pedalaman Sabah dan Sarawak mendapat kemudahan sewajarnya.

Puad berkata kerajaan juga sedang berusaha menaik taraf kuarters guru-guru di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi memastikan keselamatan mereka yang mendiaminya terjamin.

"Kerajaan akan pastikan kuarters penginapan guru-guru ini selamat untuk diduduki dan akan naik taraf supaya ia sesuai dan selamat terutama untuk guru-guru wanita yang bertugas di pedalaman. Kerajaan akan pastikan bangunan itu selamat, kukuh, pintunya kuat dan berpagar," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pengambilan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini berjumlah 7,079 orang.
"Bagi KPLI 1,435 calon lelaki dan 2,270 calon wanita dipanggil untuk temuduga bagi mengisi kekosongan 1,878 tempat. Manakala KPLSM 5,030 calon lelaki dan 5,118 calon wanita dipanggil untuk temuduga bagi mengisi 5,201 kekosongan," katanya.

Mengenai nisbah pengambilan guru yang akan diseimbangkan mengikut jantina iaitu 50 peratus lelaki dan 50 peratus wanita mulai tahun ini, beliau berkata ini disebabkan kerajaan kini memerlukan guru lelaki sebagai guru disiplin dan sebagai tenaga pengajar di kawasan pedalaman.

"Guru lelaki lebih sesuai sebagai guru disiplin bagi mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar. Mereka juga sesuai untuk dihantar ke pedalaman atas faktor keselamatan dan sebagai memenuhi aspirasi kementerian yang mahukan sukan dimasukkan sebagai elemen penting dalam kurikulum persekolahan," katanya.

Puad berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Azizah Abd Samad yang ingin tahu langkah kementerian dalam mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar lelaki dan jumlah calon mengikut gender yang memohon untuk menjadi guru bagi tahun ini. - Bernama

Read more...

Saturday, April 24, 2010

KONVENSYEN KEINTELEKTUALAN ANAK-ANAK KELANTAN KEBANGSAAN

PADA 27 DAN 28 MAC 2010, HIMSAK UPSI TELAH DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI KONVENSYEN KEINTELEKTUALAN ANAK-ANAK KELANTAN KEBANGSAAN YANG BERLANSUNG DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. KONVENSYEN INI MELIBATKAN IPT SELURUH MALAYSIA. ANTARA PENGISIAN KONVENSYEN YANG BERLANSUNG SELAMA DUA HARI TERSEBUT ADALAH : i. CERAMAH "MAHASISWA SEBAGAI AGEN PERUBAHAN MASYARAKAT DAN NEGARA" ii. FORUM "EMAS HITAM : SINAR BARU DAN HARAPAN RAKYAT" * AHLI PANAEL: 1. MODERATOR : Y.BRS. PROF. MADYA DR. ADNAN B. HUSSEIN (DEKAN PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI USM) 2. Y. BRBHG. DATO' PROF. DR. HUSSIN @MOHAMAD AB RAHMAN ( PENGARAH UITM MACHANG) 3. Y. BRS. EN. JOHAN CHE PA ( NAIB PRESIDEN PERKASA) 4. Y. BRS. EN. SYED AIZIDI AZIZ ( PENGANALISIS POLITIK)
iii. CERAMAH "PENDIDIKAN TRANSFORMASI KEJAYAAN" iv. FORUM PEMIMPIN PELAJAR : IMPIAN MASA DEPAN : REALITI ATAU MIMPI * AHLI PANEL : 1. MODERATOR : EN. KHAIRUL ERUWAN B. ABDUL HALIM (PENASIHAT 2 HAAKUSM) 2. SDR. MOHAMMAD FAIZ B. OMAR ( KETUA JABATAN PEMBANGUNAN LESTARI DAN KAMPUS SEJAHTERA MPP, USM) 3. SDR. MUHAMMAD SAUFI BIN HARUN ( EXCO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN HIMSAK UPSI) 4. SDR. NIK SAIFUL ADLI B. BURHAN@JAOHARI( PRESIDEN HIMSAK UITM SHAH ALAM)  
v. PERBENTANGAN RESOLUSI KEMAJUAN NEGERI KELANTAN YANG AKAN DISERAHKAN KEPADA DATO' MUSTAFA B. MOHAMAD.
SEKITAR KONVENSYEN BERLANSUNG :
 

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP